RIWAYAT ABDUL RAHMAN BIN ‘ AUF

RIWAYAT ABDUL RAHMAN BIN ‘ AUF R.A.ZUHU


Abdullah Bin Auf R.A. adalah salah seorang daripada lapan orang sahabat yang mula-mula memeluk agama Islam dan dijanjkan syurga oleh Rasulullah S.A.W.Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 580 Masihi,iaitu sepuluh tahun lebih muda daripada Rasulullah S.A.W.Namanya sebelum memeluk agama Islam ialah Abdu ‘ Amru .Setelah memeluk agama Islam Rasulullah memberi nama Abdul Rahman Bin ‘ Auf.Beliau adalah antara golongan sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan Madinah untuk menegakkan Islam .Beliau merupakan pejuang Islam yang banyak menempuh halangan,rintangan dan pahit getir untuk menegakkan perjuangan Islam bersama Rasulullah S.A.W. Berkat ketaqwaan ,keimanan yang jitu dan disertai semangat jihad yang tinggi,beliau berjaya memberi sumbangan yang besar kepada Islam.Beliau terkenal di kalangan sahabat dan termaktub dalam tinta sejarah sebagai seorang dermawan Islam yang unggul.Beliau seorang ahli korporat yang berjaya dan kekeyaan yang diperolehinya digunakan untuk membantu mempertingkatkan perjuangan Islam.Pada tahun 31 Hijrah ,beliau kembali ke hadrat Allah S.W.T. ketika berusia 74 tahun.Kesimpulannya Abdul Rahman R.A. seorang hartawan Islam yang perlu dicontohi oleh ahli-ahli korporat zaman ini.Walaupun beliau seorang yang kaya-raya tetapi kekayaannya tidak menghanyutkannya dalam arus kehidupan dunia.Peribadinya tetap utuh dalam mengimbangi keperluan hidup di dunia dan akhirat.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel RIWAYAT ABDUL RAHMAN BIN ‘ AUF ini dipublish oleh Unknown pada hari Kamis, 20 Februari 2014. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan RIWAYAT ABDUL RAHMAN BIN ‘ AUF
 

0 komentar:

Posting Komentar